KUALA LUMPUR: AirAsia memperkenalkan empat laluan baharu dari Sarawak
ke Pulau Pinang, Langkawi, Terengganu dan Kota Bharu, sebagai langkah
mengukuhkan hubungannya antara negeri berkenaan dan Semenanjung
Malaysia.
“Dua laluan itu ialah dari Miri ke Terengganu dan Pulau Pinang,
serta dari Kuching ke Kota Bharu dan Langkawi,” katanya dalam kenyataan
di sini, semalam.
Laluan baharu Kuching – Kota Bharu adalah laluan dalam negeri AirAsia yang kesembilan dari bandar itu. AirAsia adalah syarikat penerbangan tunggal menghubungkan Kuching secara langsung ke pantai timur Semenanjung Malaysia.
Laluan Kuching – Kota Bharu itu beroperasi tiga kali seminggu mulai semalam manakala empat kali seminggu ke Langkawi.
Laluan Kuching – Kota Bharu itu beroperasi tiga kali seminggu mulai semalam manakala empat kali seminggu ke Langkawi.
AirAsia menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Semenanjung melalui 399 penerbangan seminggu dan menawarkan hubungan terbaik bagi kedua-dua negeri itu.
Sumber: Harian Metro | 23 Mac 2014
No comments:
Post a Comment