SYARIKAT penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) menambah satu lagi penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu mulai 1 Julai 2015 dengan kekerapan empat kali seminggu.
Penerbangan OD2306 dari Terminal KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 18:35 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 19:35.
Penerbangan OD2305 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur pula, dijadualkan berlepas pada jam 20:20 dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 21:20.
Penambahan penerbangan ini menjadikan dua penerbangan sehari ditawarkan bagi laluan ini pada setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat, manakala sekali sehari pada setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
Selain itu, Malindo Air juga menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Subang Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, dan Ipoh.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.malindoair.com.
No comments:
Post a Comment