Saturday, March 28, 2015

Malindo Air diminta perkenal penerbangan ke Alor Setar, Pulau Langkawi, dan Kuantan dari Kota Bharu

SYARIKAT penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) diminta memperkenalkan tiga lagi laluan domestik dari Kota Bharu, Kelantan, iaitu Kota Bharu - Alor Setar, Kota Bharu - Pulau Langkawi, dan Kota Bharu - Kuantan. 

Laluan penerbangan Kota Bharu - Alor Setar dapat menampung permintaan pasaran bagi seluruh negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu Utara, dan wilayah Narathiwat di Selatan Thailand.

Laluan Kota Bharu - Pulau Langkawi pula bukan sahaja dapat menampung permintaan pasaran daripada pelancong domestik khususnya warga Kelantan, Terengganu Utara, dan Pulau Langkawi, tetapi juga pelancong antarabangsa termasuklah yang ingin ke Pulau Perhentian dari Pulau Langkawi dan sebaliknya

Sementara itu, laluan Kota Bharu - Kuantan pula dapat menampung permintaan pasaran bagi daerah Kuantan dan Pekan di Pahang serta daerah Kemaman di Terengganu lebih-lebih lagi setiap hari banyak perkhidmatan bas ekspres ditawarkan bagi laluan Kota Bharu - Kuantan. 

Komuniti Kelantan yang agak ramai di Kuantan juga dijangka dapat membantu meningkatkan permintaan perkhidmatan penerbangan terus dari Kuantan ke Kota Bharu dan sebaliknya. 

Hal ini kerana setakat ini belum ada mana-mana syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan bagi ketiga-ketiga laluan ini. Oleh itu, Malindo Air diharap dapat menimbangkan cadangan dan permintaan ini. 

No comments:

Post a Comment