Sunday, April 27, 2014

Genap dua tahun perkhidmatan penerbangan terus Kota Bharu – Johor Bahru oleh Firefly

Imbas kembali: Promosi pertama jualan tiket bagi laluan Kota Bharu - Johor Bahru pada 16 Mac 2012 oleh syarikat penerbangan Firefly Airlines.
KUALA LUMPUR: Pada 26 April 2014 (Sabtu) genaplah dua tahun laluan penerbangan domestik Kota Bharu (KBR) – Johor Bahru (JHB) dibuka oleh syarikat penerbangan Firefly Airlines.

Firefly Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan bagi laluan ini yang menghubungkan Pantai Timur dengan Wilayah Selatan dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu sejak 26 April 2012.

Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit sahaja dengan menggunakan pesawat jenis ATR72-500/600 yang boleh membawa seramai 72 orang penumpang dalam satu-satu penerbangan.

Penerbangan FY2231 dari Kota Bharu ke Johor Bahru berlepas pada jam 08:30 dan  dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bahru (LTAS) pada jam 10:10, manakala penerbangan FY2232 dari Johor Bahru ke Kota Bharu berlepas pada jam 10:40 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 12:20.

NOTA KAKI: Firefly Airlines menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Subang (Kuala Lumpur Raya), Pulau Pinang, dan Johor Bahru serta sebaliknya. Info: www.fireflyz.com.my

No comments:

Post a Comment