ALOR SETAR: Bumi Aviation Sdn Bhd dan Neptune Air Sdn Bhd Khamis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dalam industri penerbangan komersil di wilayah utara.
Pengerusi Eksekutif Bumi Aviation, Datuk Tunku Johanez Tunku Annuar berkata, perjanjian itu bertujuan untuk meneroka perniagaan bersama Neptune Air yang mempunyai pengalaman dalam industri berkenaan.
Beliau berkata, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dikenal pasti sebagai lokasi strategik untuk menyediakan penerbangan dari Alor Setar ke destinasi seperti Pulau Langkawi, Kota Bharu dan selatan Thailand.
"Sebelum ini tidak ada penerbangan dari Alor Setar ke destinasi seperti Pulau Langkawi dan selatan Thailand dan kita wujudkan penerbangan ini untuk memudahkan orang ramai.
"Penerbangan pertama dari LTSAH ke Pulau Langkawi dijangka bermula awal tahun depan. Kita juga akan mengembangkan penerbangan ke Selatan Thailand, iaitu Krabi, Phuket dan Koh Samui," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu, di sini hari ini.
Tunku Johanez berkata, pihaknya berhasrat mengembangkan penerbangan itu ke destinasi domestik lain seperti Johor dan Kuala Lumpur dengan melihat permintaan daripada masyarakat.
Menurutnya, Neptune adalah syarikat yang mengendalikan penyelenggaraan pesawat dan mampu melakukannya dengan baik demi keselamatan penumpang.
"Kita juga sedang merancang untuk menceburi industri penerbangan kargo dalam tempoh tiga tahun lagi," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Neptune Air, Mohd Yunos Ishak berkata buat permulaan pihaknya menggunakan pesawat jenis ATR 42-300 yang boleh membawa 42 penumpang dari Alor Setar ke Pulau Langkawi.
Beliau berkata, sebuah daripada pesawat itu adalah berkelas eksklusif dan pihaknya juga menawarkan tambang murah kepada pelanggan.
Ditanya mengenai sasaran keuntungan, Mohd Yunos berkata, pihaknya mengambil tempoh antara tiga hingga tujuh tahun untuk memperoleh keuntungan dan tidak mengulas jumlah yang disasarkan.
Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan Tunku Johanez dan Mohd Yunos.
Sumber: Bernama | 26 Jun 2014

No comments:
Post a Comment