Sunday, August 3, 2014

Landasan Lapangan Terbang Pulau Tioman perlu lebih panjang


TEMERLOH: Malaysia Airport Bhd (MAB) diminta supaya memanjangkan landasan lapangan terbang di Pulau Tioman bagi membolehkan pesawat yang lebih besar mendarat dengan membawa lebih banyak pelancong. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata setakat ini landasan tersebut hanya mampu mendarat pesawat yang membawa 50 orang penumpang. 


“Jika pesawat besar dapat mendarat, lebih ramai pelancong dapat ke pulau tersebut. Perkara ini saya sudah maklumkan kepada perdana menteri,” katanya di sini hari ini. 


Berdasarkan statistik, Pulau Tioman menerima kunjungan 232,000 pelancong, tahun lalu dan dijangka meningkat kepada 250,000, tahun ini. 

Beliau berharap MAB dapat mempertimbangkan perkara itu dalam membantu kerajaan negeri menarik kira-kira 11 juta pelancong ke Pahang tahun ini. 

Tahun lalu, lebih 10.5 juta pelancong melawat Pahang dengan 70 peratus daripada mereka adalah pelancong domestik, katanya.

Sumber: Bernama | 30 Julai 2014

No comments:

Post a Comment