Friday, April 27, 2012

Matta Cadang Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Dinaik Taraf




KOTA BHARU, 26 April (Bernama) -- Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa bagi penerbangan tambang murah.

Pengerusi Matta Datuk Mohd Khalid Harun berkata cadangan itu akan dikemukakan secepat mungkin berikutan pergerakan trafik udara di lapangan terbang tersebut adalah yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Lapangan terbang ini juga berada di kawasan yang strategik kerana berdekatan dengan Thailand, Myanmar dan beberapa negara Asean lain serta mampu menjadi hab penerbangan yang baru di Pantai Timur," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Matta Fair 2012 di sini, pada Khamis.

Mohd Khalid berkata pengusaha pelancongan di Kelantan dan negeri lain mahukan lapangan terbang ini dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, yang melonjakkan industri pelancongan di negeri ini dan Malaysia.

SOURCE: BERNAMA | 26 April 2012 | 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment