Friday, August 22, 2014

Firefly expects new service to Krabi, Thailand to be well received by Malaysians

Popular destination: Aerial view of the beautiful beaches and coves of Koh Hong. Firefly is launching its service from Penang to Krabi on Sept 16. - Tourism Authority of Thailand
THIS September, travellers from Penang can expect great travel deals to Krabi as community airline Firefly launches its new route from its hub in Penang direct to Krabi.

“We are thrilled to open this new route as part of our expansion plans, as we are always looking for opportunities to expand into the Indonesia-Malaysia-Thailand growth triangle,” said Firefly chief executive officer Ignatius Ong.

“Krabi is a popular beach destination for tourists and a favourite among Malaysians, so there is a strong demand for this particular route.”

Over the years, Krabi has joined other popular tourist destinations in the south of Thailand like Phuket and Koh Samui, though it is not nearly as crowded.

A growing number of tourists now flock to Krabi for its picturesque landscapes, pristine beaches, authentic Thai dishes and easy access to the beautiful Thai islands in the Andaman Sea.

According to Ong, the decision to set up a flight route to Krabi from its Penang hub instead of Subang stemmed from the fact that there were many other carriers that already serve the route for travellers in the Klang Valley.

Penang is an important hub for us as it serves our passengers in the north, such as in Medan, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Phuket and Koh Samui,” he said.

“We feel that there is an underserved market in the region so by opening this new route, travellers in the northern states do not have to fly all the way to Kuala Lumpur or Subang to visit Krabi.”

In addition to decent flight rates to Krabi, travellers can also get great deals on hotels and tour packages in Krabi with the help of Firefly Holiday, eliminating the hassle of planning every last detail of their trip.

According to Ong, the delivery of a new ATR 72-600 aircraft in September will bring the fleet size to 15 and they will be looking to expand on their routes and frequencies for the remainder of the year.

“Our forecast from last year is to see a growth in the number of passengers by 20%. With the new route contributing to that growth, we are well on track to our target.”

Firefly will begin serving the Penang-Krabi route from Sept 16 onwards, three times a week. Prices start from RM149 for a one-way all-in fare.

Source: The Star Online | 19 August 2014

Tuesday, August 12, 2014

Kementerian Pengangkutan akan mulakan kajian lapangan terbang di Kulim - Mukhriz

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah telah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengangkutan akan memulakan kajian kemungkinan mereka sendiri terhadap cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim yang dikemukakan baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa, kajian kerajaan negeri dengan persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan turut dilaksanakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) tidak lama lagi.

"Cadangan ini (bina lapangan terbang) telah dikemukakan terus (kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) dan sudah dibincangkan secara terperinci dengan pihak Upen (Unit Perancang Ekonomi Negeri), tentu akhirnya Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan akan juga terlibat dalam perbincangan ini.

"Secara rasmi, saya akui masih belum ada respons daripada kerajaan pusat, perdana menteri sendiri pun, walaupun beliau sudah terima surat daripada saya... tidak memberi surat balas menyatakan tentang pendirian kerajaan pusat.

"Walau bagaimana pun kami aktif dalam perbincangan dengan kementerian-kementerian terbabit mengenai perkara ini. Ia hangat diperbincangkan," katanya menjawab soalan Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

Phahrolrazi bertanyakan tentang perkembangan serta maklum balas daripada kerajaan pusat mengenai cadangan pembinaan lapangan terbang itu. Beliau turut mendakwa ia bakal menelan belanja sehingga mencecah RM5 bilion.

Mukhriz berkata pihaknya bersetuju bahawa projek sebesar itu memerlukan belanja besar dan mengambil masa panjang untuk dilaksanakan.

"Bagaimana pun mungkin ada cara tertentu untuk mengehadkan perbelanjaan (kos pembinaan) supaya yang dibina nanti adalah sebuah lapangan yang praktikal," katanya.

Menjawab pula soalan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) mengenai rasional kewujudan lapangan terbang itu, Mukhriz berkata selain memberi impak positif kepada kewangan kerajaan negeri dan membuka peluang pekerjaan, lapangan terbang itu akan menjadi lapangan terbang serantau untuk wilayah utara dan selatan Thailand.

Selain itu ia juga mengambil kira kesesakan yang dijangka berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam tempoh tiga tahun lagi di samping ketidakupayaan dan penurunan jumlah kargo yang dikendalikan di situ pada kadar -10.5 peratus setahun.

Mukhriz berkata antara sebab penurunan muatan kargo melalui LTAPP termasuk kecenderungan agen menghantar barangan kargo terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan treler melalui Lebuhraya Utara-Selatan kerana penerbangan kargo menghadapi masalah.

Beliau berkata lapangan terbang yang dicadangkan di Kulim boleh mengambil alih urusan eksport dan import kargo yang selama ini dikendalikan oleh LTAPP.

"Lokasi dicadangkan sangat strategik iaitu di bahagian selatan Kedah melibatkan daerah Kuala Muda dan Kulim berkeluasan 6,000 hektar, tarikan penumpang dan kargo meliputi kawasan Kedah Selatan yang mempunyai rangkaian kawasan industri di Gurun, Sungai Petani dan Kulim Hi-Tech Park serta Pulau Pinang, utara Perak dan selatan Thailand.

"Kesesuaian lokasi atau tapak lapangan terbang antarabangsa itu akan ditentukan kerajaan negeri melalui kajian kemungkinan yang akan dimulakan tidak lama lagi," katanya. 

Sumber: Bernama | 12 Ogos 2014

Monday, August 11, 2014

More travel on AirAsia

PETALING JAYA: AirAsia Bhd carried 11.3 million passengers in the second quarter ended June 30, a 13% increase from a year earlier, as the low-cost carrier’s fleet size expanded to 166 planes.

The airline’s sales volume, as measured by the industry jargon, revenue passenger kilometres, which rose 10% to 12.81 billion from 11.67 billion a year earlier. 

Load factor, which measures the number of seats filled against total capacity, slipped one percentage point (ppt) to 79%, amid a 15% rise in number of seats available and a drop in performance by its Thai unit. AirAsia took delivery of nine new aircraft during the quarter.

Malaysia AirAsia remained the strongest contributor in all aspects of the operating statistics and its load factor remained unchanged at 80% due to the relatively mature operating environment for the market.

Thai AirAsia’s load factor dropped by 4 ppts to 78% primarily due to the political instability that eventually led to a slowdown in inbound tourists, the airline operator said in a statement yesterday.

Indonesia AirAsia’s load factor was also 78%, down 1 ppt from a year ago partially due to the high competition and challenging operating environment in the archipelago, an analyst opined. 

AirAsia noted: “In the first half of 2014, Malaysia AirAsia underwent a route rationalisation programme whereby each route is reassessed to ensure we optimise profitability and utilisation focusing on routes with high passenger demand.

“This is also on the back of a more rational market as competitors too are scaling down capacity.” During the quarter, its local unit introduced four new routes, increased frequencies on five routes, terminated one route and scaled down three existing routes.

The Philippines operation was AirAsia’s only arm that recorded a positive growth in load factor, gaining 3 ppts from 74% to 77% in one year. Coming from a low base, Philippines AirAsia’s number of passengers carried surged 560% year-on-year to 920,000 while growth in capacity rose 534%.

In one year, AirAsia added 45 aircraft, of which, 14 went to Malaysia AirAsia, eight to Thailand Air Asia and six to Indonesia AirAsia. During the April-June period, the group added eight aircraft for Malaysia AirAsia and one for the Philippines operations, bringing its total fleet size to 166. AirAsia India has another aircraft.

It said Philippines AirAsia also received 17 additional aircraft year-on-year, a significant increase due to the acquisition of Zest Air. 

Meanwhile, AirAsia X Bhd flew 1.02 million passengers in the second quarter of 2014, up 46% from 700,000 in the corresponding period last year.

It said in a separate statement that the positive figures helped AirAsia X maintain its position as the market leader in terms of passengers carried in Australia and North Asia.

It also said AirAsia X’s planned capacity expansion continued with a 47% year-on-year growth in available seat kilometres to 6.265 billion.

Source: The Star Online | 6 August 2014

Sunday, August 10, 2014

Firefly plans more flights to Senai airport

JOHOR BAHRU: Community airline Firefly plans to introduce more flights from the central and northern regions to Senai International Airport here.
Its chief executive officer Ignatius Ong said the airline saw a good demand from travellers in both regions to visit Johor and Singapore.
We want to further strengthen and position Johor Baru as our southern region hub connecting the city to other parts in the peninsula,” he said recently.
Ong said this at the launch of the Ipoh - Johor Bahru route which would start on Sept 15 by state Tourism executive councillor Datuk Tee Siew Kiong.
He said many travellers from the northern states such as Penang and Kedah were interested to visit theme parks in Johor Bahru and Singapore.
“Those from central region including those from Kuala Lumpur, Selangor and Perak like to come to Johor Baru to shop at the Johor Premium Outlets,” said Ong.
He said Johor Baru’s close proximity with Singapore was an added advantage as travellers could have the best of both worlds by visiting two places at one time.
Ong said the airline also hoped to attract Singaporeans to fly to Ipoh from Johor Bahru despite having Firefly flights connecting Ipoh and Singapore.
“Apart from the leisure segment, we are also targeting business travellers in view of development and progress taking place in Iskandar Malaysia,” he said.
Ong said the economic growth corridor would open more investment opportunities; hence demand for air travelling in Johor Bahru would increase in years to come.
Presently, Firefly serves Subang - Johor Bahru and Kota Bharu-Johor Bahru and plans to introduce flights from Penang and Langkawi to Senai in the future.
He said the airline had placed an order for 20 ATR 72-600 series aircraft from France worth RM3bil in late 2012. Delivery of the aircraft have started taking place from last year and expected full delivery by 2017.
Source: The Star Online | 17 July 2014

Saturday, August 9, 2014

Malaysia Airlines Pilihanku

RAKYAT Malaysia sesungguhnya menyokong apa sahaja langkah terbaik kerajaan untuk menstrukturkan semula dan menyelamatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah terutamanya masalah kewangan dan dua tragedi besar yang berlaku pada tahun ini, iaitu kehilangan penuh misteri pesawat MH370 pada Mac dan insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada bulan Julai. 

Sebagai sebuah penerbangan yang membawa nama negara, MAS adalah imej dan wajah rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa yang perlu dipertahankan. Jika kita rakyat Malaysia sendiri yang tidak menyokong MAS, siapakah lagi yang akan menyokong MAS ini? 

Sebagai tanda sokongan berterusan rakyat Malaysia ke atas perkhidmatan MAS, sebuah laman Facebook khas telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2014, iaitu Malaysia Airlines Pilihanku yang boleh dilayari melalui pautan  

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan pangkalan utama MAS di Malaysia dan di rantau ini. Setakat 9 Ogos 2014, MAS menawarkan 15 destinasi domestik dari KLIA, iaitu Alor Setar, Bintulu, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kuching, Labuan, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Sandakan, Sibu, dan Tawau serta 48 laluan antarabangsa mengikut rantau seperti di bawah. 

  • Asia Tenggara: Bangkok-Suvarnabhumi, Bandar Raya Ho Chi Minh, Bandar Seri Begawan, Denpasar (Bali), Hanoi, Jakarta-Soekarno-Hatta, Krabi, Manila, Medan, Phnom Penh, Phuket, Siem Reap, Singapura, dan Yangon (14 destinasi). 
  • Asia Timur: Beijing-Capital, Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Osaka-Kansai, Seoul-Incheon, Shanghai-Pudong, Taipei-Taoyuan, Tokyo-Narita, dan Xiamen (10 destinasi). 
  • Asia Selatan: Bangalore, Chennai, Colombo, Delhi, Dhaka, Hyderabad, Kathmandu, Kochi, Male, dan Mumbai (10 destinasi). 
  • Asia Barat: Dubai dan Jeddah (dua destinasi)
  • Eropah: Amsterdam, Frankfurt, Istanbul-Ataturk, London-Heathrow, dan Paris-Charles de Gaulle (lima destinasi). 
  • Oceania: Adelaide, Auckland, Brisbane, Darwin, Melbourne, Perth, dan Sydney (tujuh destinasi). 
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia diiminta terus menjadikan syarikat penerbangan ini sebagai pilihan untuk ke destinasi-destinasi domestik dan antarabangsa. Terima kasih kerana terus memilih MAS! 

Firefly diminta kembangkan operasi dari Kota Bharu sebagai hab Pantai Timur

SYARIKAT penerbangan Firefly (Firefly) diminta mengembangkan operasinya dari Lapangan Terbang Kota Bharu sekali gus menjadi hab Firefly bagi Wilayah Pantai Timur, iaitu hab Firefly ketiga selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (hab Wilayah Utara) dan Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur (hab Wilayah Tengah). 

Setakat ini, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines (MAS) ini hanya menawarkan tiga laluan penerbangan terus yang melibatkan sektor Kota Bharu, iaitu Kota Bharu - Subang (Kuala Lumpur), Kota Bharu - Pulau Pinang, dan Kota Bharu - Johor Bahru

Antara laluan baharu yang berpotensi untuk ditawarkan dari Kota Bharu ialah Kota Bharu - Kuantan dan Kota Bharu - Langkawi bagi laluan domestik, manakala Kota Bharu - Don Mueang (Bangkok) dan Kota Bharu - Bandar Raya Ho Chi Minh bagi laluan antarabangsa. 

Laluan Kota Bharu - Kuantan dan Kota Bharu - Langkawi masing-masing boleh ditawarkan dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu. 

Pihak pengurusan Firefly diminta menimbangkan semula dengan melancarkan semula laluan penerbangan Kota Bharu - Bangkok (Don Mueang) yang sudah beberapa kali tertangguh sebelum ini ekoran keadaan di Bangkok yang kurang aman dan stabil. Perkembangan dan situasi di Bangkok yang kembali aman seperti sedia kala perlu dipertimbangkan semula oleh Firefly. Perkhidmatan bagi laluan ini boleh dimulakan mulai Oktober 2014 nanti. 

Laluan antarabangsa Kota Bharu - Bandar Raya Ho Chi Minh juga mendapat pertanyaan dan permintaan yang tinggi daripada rakyat Kelantan lebih-lebih lagi Bandar Raya Ho Chi Minh sudah cukup terkenal sebagai bandar raya bersejarah, tarikan budaya dan beli-belah. 

Dalam pada itu, sebuah laman Facebook khas telah ditubuhkan untuk menyatakan sokongan rakyat Malaysia ke atas perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines, iaitu Malaysia Airlines Pilihanku yang boleh dilayari melalui laman sesawang Rakyat Malaysia mahukan Malaysia Airlines kembali bangkit dan terus terbang tinggi membawa nama Malaysia ke seluruh dunia. 

Tegasan: Semua artikel ini adalah hak milik laman blog ini dan tidak sepatutnya disalin semula dan ditampal (copy & paste) ke laman lain tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan laman blog ini terlebih dahulu


Pelan penstrukturan MAS diumum akhir Ogos - Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Khazanah Nasional Bhd kini dalam peringkat akhir menyiapkan pelan penstrukturan menyeluruh Malaysian Airline System Bhd (MAS), dan pelan terperinci mengenainya akan diumumkan akhir Ogos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan menerusi dana pelaburan strategiknya, Khazanah Nasional, pada Jumaat mengumumkan proses formal untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat penerbangan itu daripada Bursa Malaysia.
"Ini adalah langkah pertama yang diperlukan supaya syarikat itu kembali mencatat keuntungan. Ia merupakan langkah yang saya sokong sepenuh hati.

"MAS merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia. Ia kebanggaan negara, pencapaian kita dan kedudukan kita di dunia. Oleh itu, kita membuat perubahan bagi memastikan ia juga merupakan sebahagian sejarah masa depan Malaysia," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini, Jumaat sebagai respons beliau kepada cadangan penyahsenaraian MAS.

Beliau yakin syarikat penerbangan negara itu mesti dicergaskan semula untuk mewujudkan syarikat penerbangan nasional yang kukuh dan mampan.

"Proses pembaharuan semula ini akan melibatkan kerja keras dan pengorbanan daripada semua pihak. "Arahan dan komitmen saya kepada semua pihak yang terlibat ialah supaya proses itu dilaksanakan secara profesional, menggunakan prinsip-prinsip adil, telus dan bersungguh-sungguh," katanya.

Najib juga menyentuh mengenai kehilangan MH370 dan MH17, dengan berkata, jarang sebuah syarikat terpaksa melalui dua tragedi malang dan luar biasa dalam tempoh yang singkat.

Perdana Menteri berharap dua tragedi itu akan mengubah cara industri penerbangan beroperasi untuk menjadikan perjalanan di dunia ini lebih selamat untuk semua.

Sumber: mStar Online | 8 Ogos 2014

MAS diswastakan untuk pelan pemulihan besar-besaran

PETALING JAYA: Dalam mengambil langkah berani untuk memulihkan imej Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), kerajaan memutuskan untuk menswastakan syarikat tersebut bagi memberi laluan kepada pelan penstrukturan semula secara besar-besaran dilakukan.

Ia akan dinyahsenaraikan dari kaunter Bursa Malaysia dalam langkah korporat yang akan melindungi syarikat tersebut daripada penelitian awam kerana ia perlu melakukan beberapa langkah perit termasuk memberhentikan seramai 20,000 kakitangannya, mengecilkan operasi dan rundingan semula kontrak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat penerbangan tersebut perlu menjalani pembaharuan semula secara menyeluruh dalam menghasilkan sesuatu yang berbeza.

"Hanya melalui perubahan yang sepenuhnya ini MAS akan memberikan hasil yang kukuh dan berpanjangan. Ini tidak akan berlaku jika perubahan dijalankan secara bertahap," katanya.

Langkah penstrukturan semula MAS sebelum ini mendapat bantahan daripada kesatuan pekerja syarikat tersebut dan ahli politik.

Kali ini, Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham terbesar dengan hampir 70% kepentingan di dalam syarikat itu, mendapat sokongan daripada kerajaan dan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM).

Khazanah Nasional Bhd pada Jumaat mengemukakan permohonan rasmi kepada Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Bhd (MAS) untuk melaksanakan langkah pengurangan dan pembayaran balik modal secara terpilih bagi saham-saham biasa MAS.

Apabila selesai, Khazanah Nasional akan menjadi pemegang saham biasa tunggal MAS, yang akan dinyahsenarai dari kaunter Bursa Malaysia.
"Cadangan penyahsenaraian itu pemegang saham minoriti MAS menerima pembayaran balik modal bernilai 27 sen sesaham biasa, berjumlah RM1.38 bilion, mewakili 12.5 peratus premium pada harga penutup 7 Ogos dan 29.2 peratus premium atas harga pasaran purata wajaran bagi tempoh tiga bulan," kata Khazanah Nasional dalam satu kenyataan, Jumaat.

Khazanah Nasional berkata cadangan penyenahsenaraian MAS itu merupakan peringkat pertama skim penyusunan semua MAS, yang diumumkan pada Jun, hasil perundingannya dengan pemegang saham khasnya, Menteri Kewangan Diperbadankan.

Khazanah berkata cadangan penyusunan semula itu memerlukan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan pembaikpulihan menyeluruh syarikat penerbangan nasional itu, yang antara lain melibatkan aspek operasi syarikat, model perniagaan, kewangan, modal insan dan persekitaran kawal selia.
"Semestinya segala usaha diperlukan bagi memastikan syarikat penerbangan negara ini kembali mencatat keuntungan sebagai sebuah entiti komersil serta memenuhi peranannya sebagai syarikat penerbangan nasional yang penting.
"Khazanah kini berada pada peringkat akhir untuk memuktamadkan cadangan penyusunan semula tersebut secara menyeluruh, dan selepas memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa dan pengawal selia berkaitan, kami menjangkakan pelan tambahan yang lengkap akan diumumkan pada hujung bulan ini," katanya.

Masalah kewangan MAS diburukkan lagi dengan dua tragedi yang tragis dalam jangka masa yang singkat membabitkan dua pesawat milik syarikat tersebut iaitu MH370 dan MH17.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada Mac lalu dan masih gagal dikesan sehingga hari ini.  Pencarian pesawat itu masih giat dilakukan di selatan Lautan Hindi.

Manakala, MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine, bulan lalu.

Sumber: mStar Online | 9 Ogos 2014

Tuesday, August 5, 2014

Kota Bharu to be Firefly's East Coast hub

Ong (fourth from left) cutting a cake with Firefly Sdn Bhd chief operations officer Liow Ngit Sing (third from left), chief financial officer Suraya Mahmud and revenue management head Jong Jar Shang. Looking on are human resources Fahmi (left) as well as marketing and communications head Rafizah Amran (second from right).
SEVEN years after offering its passengers short-haul flights, Firefly Sdn Bhd celebrates its anniversary by shifting its focus with a new slogan, “Beyond Convenience”.

The company, which perceives itself as a community airline, is focusing on business-oriented passengers while providing seamless and reliable customer experiences, said Firefly chief executive officer Ignatius Ong.

The seventh anniversary celebration took place at the airline’s main hub in Subang Skypark Terminal, where it launched a refurbished Biz Zone lounge to commemorate its new vision.

Our primary objectives for growth are still to reinforce and strengthen our footprint here in Peninsular Malaysia, looking at Kota Bharu as the East Coast hub.

“When we talk about Beyond Convenience, we want to take out the hassle of air travel and say, ‘there’s always a flight to your destination in the next hour’,” said Ong.

He revealed hopes to increase Subang to Penang flights from 13 to 20 times daily, depending on the arrival of another 18 new ATR 600 series aircraft over the next four years.

The company that began operations on April 2007 in Penang with a modest 130,000 passengers, garnered two million in 2013 and anticipates another 15 to 20% additional customers, this year.

“The company is 100% Malaysian owned with at least 97% Malaysian staff running it. Our motto this year is ‘Made by Malaysians, for Malaysians’,” added Ong.

Strategic partnerships in medical tourism are within Firefly’s upward, socially responsible trajectory as the company works together with the National Heart Institute as well as Sime Darby Group and other hospitals.

These initiatives also include a joint crowd-funding campaign with the Malaysian AIDS Foundation, allowing passengers to donate RM1 per flight ticket purchased through the airline’s Connecting Communities Programme.

To reward its customers during its anniversary, Firefly had a promotion that lasted for three days, with 200,000 return tickets for domestic flights at RM77 ending April 4.

The event saw a spirited performance by Firefly staff, that followed after the presentation of awards, recognising the company’s loyal spenders, frequent flyers, best travel management companies of 2013 as well as T-shirt and cupcake contest winners. For details, call 03-7845 4543 or visit 

Source: The Star Online | "Firefly marks anniversary with relaunch of its refurbished lounge" | 15 April 2014

Sunday, August 3, 2014

Malindo Air tambah enam lagi pesawat sebelum akhir tahun

KUANTAN: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air merancang untuk menambah enam lagi pesawat, iaitu dari jenis Boeing dan ATR sebelum hujung tahun ini bagi memperkukuhkan lagi operasi syarikat.

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Air, Raja Sa'adi Raja Amrin berkata, syarikat itu telah pun mempunyai 15 buah pesawat walaupun baru beroperasi selama setahun empat bulan.

"Tambahan pesawat ini adalah penting untuk kami terus mengembangkan operasi dan pada hari ini kami memulakan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Kuantan membabitkan 45 penumpang di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir bagi menyambut penerbangan pertama itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Pengurus Besar Tourism Pahang, Ishak Mokhtar dan Pengarah Pejabat Pelancongan Pahang, Idrus Yahya.

Raja Sa'adi berkata, syarikat itu akan melakukan penerbangan empat kali seminggu dari Subang ke Kuantan, iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

"Hasrat kami juga adalah untuk memberi pilihan kepada pengguna. Kami mengutamakan keselesaan dan penjimatan masa untuk perjalanan mereka terutama menjelang musim perayaan apabila lebuh raya mengalami kesesakan.

"Sehubungan itu, penerbangan baru ini akan mendekatkan penduduk Kuala Lumpur dengan destinasi pelancongan di Pahang sperti Cherating dan Pulau Tioman," katanya.

Sementara itu, Mohd Sharkar melahirkan penghargaan kerajaan negeri kepada Malindo Air kerana menawarkan penerbangan dari Subang ke Kuantan dan yakin usaha tersebut akan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Pahang.

Sumber: Bernama | 25 Julai 2014

Landasan Lapangan Terbang Pulau Tioman perlu lebih panjang

TEMERLOH: Malaysia Airport Bhd (MAB) diminta supaya memanjangkan landasan lapangan terbang di Pulau Tioman bagi membolehkan pesawat yang lebih besar mendarat dengan membawa lebih banyak pelancong. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata setakat ini landasan tersebut hanya mampu mendarat pesawat yang membawa 50 orang penumpang. 

“Jika pesawat besar dapat mendarat, lebih ramai pelancong dapat ke pulau tersebut. Perkara ini saya sudah maklumkan kepada perdana menteri,” katanya di sini hari ini. 

Berdasarkan statistik, Pulau Tioman menerima kunjungan 232,000 pelancong, tahun lalu dan dijangka meningkat kepada 250,000, tahun ini. 

Beliau berharap MAB dapat mempertimbangkan perkara itu dalam membantu kerajaan negeri menarik kira-kira 11 juta pelancong ke Pahang tahun ini. 

Tahun lalu, lebih 10.5 juta pelancong melawat Pahang dengan 70 peratus daripada mereka adalah pelancong domestik, katanya.

Sumber: Bernama | 30 Julai 2014

Perlis minta lapangan terbang dalam RMK-11

ARAU: Kerajaan Pusat diharap menimbangkan semula cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang di Perlis sebagai projek pembangunan yang bakal dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man (gambar) berkata, ini kerana Perlis menjadi satu-satunya negeri yang belum mempunyai lapangan terbang sendiri.

"Tapaknya telah dikenal pasti iaitu di Sungai Batu Pahat, Kangar yang didapati sesuai untuk dibina lapangan terbang," katanya kepada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kawasan Pauh di sini malam tadi.

Azlan berkata, cadangan itu antara projek pembangunan di negeri ini yang dibentangkan semasa kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar ke negeri ini pada 3 Julai lalu.

Beliau berharap cadangan itu akan mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat. "Perlis sangat berharap projek pembinaan lapangan terbang ini menjadi kenyataan menjelang RMK-11," katanya.

Beliau berkata, dengan adanya kemudahan pengangkutan udara itu dijangka dapat menjana perkembangan ekonomi di negeri ini.

Ini sekali gus akan mampu menarik perhatian pelabur-pelabur untuk melabur di negeri ini. Selain itu katanya, pembangunan sektor pelancongan di negeri itu juga dijangka lebih rancak.

Sumber: Utusan Malaysia | Dalam Negeri | 2 Ogos 2014 | Terbitan 3 Ogos 2014