Tuesday, September 2, 2014

Projek pembesaran LTSIP dalam pertimbangan Kerajaan Pusat

TUMPAT: Kerajaan Pusat sedang menimbangkan membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa bagi menampung perkhidmatan udara yang semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia perlu dilihat secara menyeluruh, bukannya membuat keputusan begitu sahaja untuk melaksanakan pembesaran lapangan tersebut.

Bagaimanapun katanya, peluang  cerah untuk dilaksanakan kerana projek itu telah mendapat sokongan Kementerian Pengangkutan.

“Kita bergantung kepada kewangan dan kemampuan kerajaan tetapi Kementerian Pengangkutan sudah menyokong projek tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Penerangan Isu Semasa di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tapang, di sini, petang kelmarin.

Hadir sama, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad; Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz.

Mustapa berkata, rakyat Kelantan juga turut menyokong pembesaran lapangan itu kerana semua sedia maklum lapangan berkenaan sibuk.

“Di sini ada perkhidmatan AirAsia, Malindo Air, MAS, penerbangan ke Singapura, Johor Bahru dan diakui lapangan di sini memang sibuk,” katanya.

Source/Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 1 Sept. 2014

No comments:

Post a Comment