Sunday, September 13, 2015

Firefly kukuhkan hab sekundernya di Kota Bharu dengan laluan Kota Bharu - Pulau Langkawi

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Firefly mengukuhkan hab sekundernya di Kota Bharu, Kelantan dengan memperkenalkan laluan Kota Bharu - Pulau Langkawi bermula 27 Oktober ini. 

Perkhidmatan penerbangan terus ini ditawarkan dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu dijangka dapat memberi manfaat besar bukan sahaja kepada warga Kelantan yang ingin ke Pulau Langkawi tetapi juga warga Terengganu dan wilayah Narathiwat di Selatan Thailand yang boleh mengambil penerbangan dari Kota Bharu. 

Warga Terengganu misalnya boleh memakir kenderaan mereka di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) untuk mengambil penerbangan dari lapangan terbang ini. Kemudahan penginapan yang ada berhampiran lapangan terbang ini juga akan memudahkan penumpang yang memerlukannya. 

Selain laluan Kota Bharu - Pulau Langkawi, Firefly juga menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur (Subang), Pulau Pinang, dan Johor Bahru. 

Dalam pada itu, Firefly diminta mempertimbang untuk memperkenalkan laluan Kota Bharu - Bandar Raya Ho Chi Minh dan Kota Bharu - Bangkok (Don Mueang) yang mendapat permintaan tinggi daripada warga Kelantan khususnya dan juga warga Pantai Timur secara amnya.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my.

Sumber: Kota Bharu Airport Blog | www.kotabharuairport.blogspot.my

2 comments:

  1. Kota Bharu - Ipoh, Kota Bharu - Kuantan dan Kota Bharu - Alor Star pulak lepas ni harap2nya. Satu lagi, Kota Bharu - Melaka. Tak payah tunggu nasi beriani fly sini..
    .oopppsss maksud saya Rayani Air... tunggu2 jadi penunggu...

    ReplyDelete
  2. Saya regular KL atau Subang ke Kota Bharu. Ramai penumpang untuk urusan kerja atau bisnes. Saya yakin Kora Bharu mampu jadi hub kedua (secondary hub) bagi Firefly, AirAsia atau Malindo. MAS masih proses penstrukturan semula.

    ReplyDelete