Thursday, September 11, 2014

Penerbangan pertama Malindo Air KL - Bandung pada 19 Disember 2014

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air bersedia melancarkan perkhidmatan harian antara Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia pada 19 Disember 2014 ini.

Penerbangan itu akan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 1 tengah hari dan tiba di Bandung pada 2.05 petang, manakala penerbangan pulang dari Bandung akan berlepas pada 2.45 petang dan tiba di KLIA pada jam 5.50 petang. .

Tambang promosi istimewa bermula daripada RM99, termasuk untuk perjalanan sehala bagi kelas ekonomi dan RM599 untuk perjalanan sehala kelas bisnes.

Berkuat kuasa 26 Oktober 2014, Malindo Air juga akan memulakan perkhidmatan harian ke Kota Bharu dari Terminal 2, KLIA.

No comments:

Post a Comment