Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. |
LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) atau dikenali juga sebagai Lapangan Terbang Kota Bharu mengendalikan sejumlah 1,800,836 orang penumpang pada tahun lalu sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai lapangan terbang tersibuk di Pantai Timur.
Ia merupakan peningkatan sebanyak 215,598 orang penumpang atau 13.60 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.
Antara yang menyumbang kepada peningkatan ketara ini adalah perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu, Kuching, dan Melaka yang masing-masing mula diperkenalkan pada November 2013, Mac 2014, dan November 2014.
Pada tahun ini pula, LTSIP dijangka mengendalikan kira-kira dua juta penumpang berbanding kapasiti bangunan terminal sedia ada yang hanya mampu menampung 1.5 juta penumpang setahun.
Oleh itu, pihak Kerajaan Pusat diminta memperbesarkan bangunan terminal sedia ada, memanjangkan landasan dari 2,400 meter kepada 3,500 meter serta menaik taraf lapangan terbang ini kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa.
patut lama dah di perbesarkan dan juga di buat penerbangan terus ke Kota bangkok sebab ramai orang orang tempatan berurus niaga dengan peniaga penoagasa di Kota bangkok.Kalau ada penerbangan cargo Kb-Bkk lagi baik.
ReplyDelete