Sunday, April 12, 2015

Penduduk Bandar Maharani Bandar Diraja boleh ambil penerbangan terus ke Kota Bharu dari Melaka

CANTIK: Masjid Jamek Sultan Ibrahim merupakan antara mercu tanda dan tempat menarik utama di Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor. Foto ihsan: The Star Online
BANDAR Maharani Bandar Diraja (Bandar Maharani) merupakan bandar keempat terbesar di negeri Johor Darul Ta'zim selepas (bandar raya) Johor Bahru, Batu Pahat, dan Kluang dengan jumlah penduduk kira-kira 250,000 (bancian pada tahun 2010). 

Bandar diraja ini merupakan ibu daerah Muar dan dihubungkan dengan jaringan lebuh raya yang cekap terutamanya Lebuh Raya Utara - Selatan (melalui Plaza Tol Tangkak atau Plaza Tol Pagoh) dan Lebuh Raya Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (Lebuh AMJ). 

Penduduk Bandar Maharani  yang ingin ke Kota Bharu, Kelantan bolehlah mengambil penerbangan terus dari Lapangan Terbang Melaka (LTM) yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar diraja ini melalui Lebuh AMJ yang menjadi lebuh raya utama yang menghubungkan Bandar Raya Melaka Bersejarah dengan Bandar Maharani Bandar Diraja. 

Hal ini kerana syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan perkhidmatan penerbangan harian atau tujuh kali seminggu bagi laluan Kota Bharu - Melaka ini sekali gus memudahkan pergerakan penumpang bagi kedua-dua hala. 

Dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus dari atau ke Melaka ini, anda tidak perlu lagi menaiki bas atau memandu sendiri yang mengambil masa lebih 10 jam untuk ke Kelantan dan sebaliknya. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.malindoair.com

No comments:

Post a Comment