Wednesday, April 1, 2015

Malindo Air tambah tujuh lagi pesawat B737-800 dalam masa terdekat

Chandran (dua, kiri) bersama Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Ishak Mohamed (kiri) dan Pengarah MRCB, Abdul Manaf Harun (kanan) melawat kaunter baharu Malindo Air, semalam.
SYARIKAT penerbangan hibrid, Malindo Air akan menambah tujuh pesawat Boeing 737-800 dalam masa terdekat bagi menampung pertambahan penumpangnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, pesawat baharu itu mampu menampung 162 penumpang terutamanya bagi laluan Asia Selatan seperti India, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.

"Syarikat menyasarkan 4 juta pelancong akan menggunakan perkhidmatan penerbangan kami dalam tempoh setahun kerana peningkatan pelancong asing terutamanya dari India dan Bangladesh meningkat sehingga 1.5 juta setahun.

"Selain itu, kami juga sedang mengintai peluang untuk membuka laluan baharu ke China dan Indonesia," katanya ketika pelancaran kaunter tiket baharu Malindo Air di Nu Sentral, semalam.

Beliau berkata, pemilihan Nu Sentral sebagai kaunter tiket syarikat penerbangan itu kerana kedudukan strategik dan berdekatan dengan hab pengangkutan terbesar di Malaysia, Stesen Sentral Kuala Lumpur. 

Kaunter baharu itu dibuka bermula 10 pagi sehingga 10 malam bertempat di Lot 46, aras LG (Lower Ground).

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 1 April 2015

No comments:

Post a Comment