SYARIKAT penerbangan YOU Wings yang beribu pejabat di bandar raya Ipoh, Perak dan juga Flymojo yang akan beroperasi dari hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bahru pada awal tahun depan diminta mempertimbangan perkhidmatan penerbangan ke Kota Bharu, Kelantan.
YOU Wings misalnya boleh menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Medan, Indonesia ke Kota Bharu, Kelantan, Malaysia dengan kekerapan tiga kali seminggu. Penerbangan pada setiap hari Ahad, Selasa, dan Jumaat merupakan jadual penerbangan yang paling sesuai.
Syarikat penerbangan Flymojo pula boleh menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) sebagai hab antarabangsa untuk penerbangan ke Thailand dan Indochina yang masih belum dirintis oleh mana-mana syarikat penerbangan sedangkan terdapat permintaan yang tinggi bagi laluan Kota Bharu - Bangkok dan Kota Bharu - Bandar Raya Ho Chi Minh (HCMC).
Setakat ini, terdapat empat buah syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSIP, iaitu Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia, Firefly, dan Malindo Airways (Malindo Air) yang menawarkan perkhidmatan ke Kuala Lumpur (MAS, AirAsia, dan Malindo Air), Subang Kuala Lumpur (Firefly dan Malindo Air), Pulau Pinang (Firefly dan Malindo Air), Johor Bahru (Firefly), Melaka (Malindo Air), Ipoh (Malindo Air), Kota Kinabalu (AirAsia), dan Kuching (AirAsia).
No comments:
Post a Comment