Saturday, January 23, 2016

Rayani Air bakal rintis laluan Kota Bharu - Bandung dan Kota Bharu - Bandar Raya Ho Chi Minh pada Mei/Jun ini

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Rayani Air (RA) bakal merintis dua laluan antarabangsa dari Kota Bharu selewat-lewatnya pada Mei atau awal Jun ini. 

Dua laluan antarabangsa tersebut ialah Kota Bharu - Bandung (KBR-BDO) dan Kota Bharu - Bandar Raya Ho Chi Minh (KBR-SGN). 

Menurut Pengurus Komersialnya, Kulenthiran Balakrishnan, RA akan mengukuhkan hab sekundernya di Kota Bharu dengan memperkenalkan dua laluan antarabangsa tersebut. 

“Setakat ini, kami sudah merancang untuk memperkenalkan laluan antarabangsa terus dari Kota Bharu (KB) ke Bandung, Indonesia dan Ho Chi Minh, Vietnam. 

“Laluan ini akan bermula selewat-lewatnya Mei atau awal Jun ini. Kami memilih untuk memperkenalkan laluan terus KB-Bandung dan KB-Ho Chi Minh berikutan potensi penumpang dari negeri ini yang banyak melancong ke sana,”

Jualan tiket bagi kedua-dua laluan antarabangsa ini dijangka bermula pada bulan April ini melalui laman sesawangnya, pejabat jualan tiket RA, dan juga melalui agensi-agensi pelancongan yang telah dilantik di negeri Kelantan. 

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my

No comments:

Post a Comment