Agen-agen pelancongan di Kelantan dilantik secara berdaftar dengan Rayani Air, semalam. |
KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Rayani Air Sdn Bhd merancang mengadakan laluan antarabangsa ke beberapa negara termasuk Vietnam, Indonesia, India, dan China selewat-lewatnya Mei atau Jun ini.
Pengurus Komersial Rayani Air, Kulenthiran Balakrishnan berkata, pihaknya yakin usaha itu dapat dilaksanakan dengan dua pesawat dan akan menambahkan dua lagi pada Mac ini, dengan menjadikan jumlah sasaran enam pesawat sehingga Disember nanti.
"Dalam perancangan, Rayani Air akan membuka laluan dari Kota Bharu (KB) ke Saigon (Ho Chi Minh City), Vietnam, malah pada masa ini, kita dalam pelaksanaan ke arah laluan dari KB ke Kota Kinabalu, KB ke Kuching, juga KB ke Bandung, Indonesia.
"Negara-negara ini dipilih berdasarkan potensi iaitu ramai pelancong termasuk ahli peniagaan yang berurusan dari KB ke Bandung dan Vietnam, sekaligus mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Bersama Agen-agen Pelancongan di Kelantan, di Kota Bharu, semalam.
Sebagai permulaan, sebanyak 20 agen pelancongan di Kelantan dilantik menjadi agen berdaftar bersama Rayani Air, termasuklah Al-Quds Travel, Battuta Travel, Hayi Travel, Misbah Travel, Andalusia Travel, Rakyat Travel, Labbaik Travel, Zahafiz Travel dan Seri Puteh Travel & Tours.
Turut hadir, Pengurus Stesen Rayani Air Kelantan, Mohd Khalid Che Rani, Penolong Pengurus Komersial, Sivaraj Velusamy dan Shela Thamby Durai.
Sementara itu, Mohd Khalid berkata, menerusi perjanjian itu, agen pelancongan yang dilantik diberikan akses khas untuk menjual tiket-tiket penerbangan seluruh destinasi ditawarkan oleh Rayani Air, selain mempromosikan Tahun Melawat Kelantan 2016.
“Sejak mula beroperasi pada 20 Disember lalu, kami sudah dapat menarik kira-kira 5,000 penumpang, khususnya untuk laluan ulang alik penerbangan ke KB- Kuala Lumpur," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 20 Jan. 2016
No comments:
Post a Comment