KUALA LUMPUR: Pelanggan syarikat penerbangan Firefly kini boleh membuat tempahan tiket penerbangan domestik Malaysia Airlines (MAB) melalui laman sesawang Firefly.
Terdapat 15 destinasi penerbangan domestik MAB yang boleh dibeli melalui laman sesawang Firefly berkuat kuasa 19 Januari 2016 berbanding hanya tiga laluan sebelum ini.

15 destinasi penerbangan domestik MAB tersebut ialah Alor Setar, Bintulu, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Labuan, Miri, Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Sandakan, Sibu, dan Tawau.
Semua tiket MAB yang dijual melalui laman sesawang Firefly melibatkan penerbangan dari Terminal KLIA 1 (Terminal 1), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jualan tiket ini bukan sekadar kerjasama perkongsian kod di antara Firefly dan Malaysia Airlines tetapi juga akan memudahkan pelanggan Firefly untuk melakukan transaksi pembelian tiket secara dalam talian dengan melibatkan lebih banyak destinasi domestik terutamanya bagi laluan yang tidak ditawarkan oleh Firefly.
Sebagai contoh, Firefly tidak menawarkan perkhidmatan bagi laluan Subang Kuala Lumpur – Kuantan (SZB-KUA) tetapi MAB ada menawarkan perkhidmatan bagi laluan Kuala Lumpur – Kuantan (KUL-KUA). Jadi, pelanggan Firefly yang ingin ke Kuantan dari Kuala Lumpur boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman sesawang Firefly dan mengambil penerbangan dari KLIA.
Dengan penambahan laluan domestik MAB ini, Firefly kini menawarkan perkhidmatan penerbangan terus ke lima destinasi dari Kota Bharu (KBR), iaitu Kuala Lumpur (KUL), Subang Kuala Lumpur (SZB), Pulau Pinang (PEN), Johor Bahru (JHB), dan Pulau Langkawi (LGK) secara langsung dan melalui perkongsian kod dengan MAB.
Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my

No comments:
Post a Comment