Kulenthiran
Balakrishnan (tiga dari kanan) beramah mesra bersama wakil-wakil daripada
agensi pelancongan di Kelantan selepas memeterai memorandum persefahaman di
Kota Bharu, kelmarin.
|
KOTA BHARU: Syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani Air akan menambah empat buah pesawat lagi sehingga penghujung tahun ini bagi mengukuhkan operasi mereka.
Pengurus Komersialnya, Kulenthiran Balakrishnan berkata, penambahan menjadikan syarikat tersebut memiliki enam buah pesawat untuk beroperasi di beberapa laluan yang telah ditetapkan sebelum ini.
Beliau berkata, pesawat jenis Boeing 737-400, 777 dan 737-800 itu akan digunakan untuk penerbangan antarabangsa ke China, India, Filipina serta Jeddah.
“Kami (Rayani Air) baharu sahaja beroperasi selama sebulan dengan permulaan sebanyak dua buah pesawat, namun dengan sambutan yang begitu menggalakkan kami akan menambah beberapa buah pesawat tahun ini.
“Tambahan pesawat ini juga adalah untuk mengembangkan operasi kerana kami akan menambah beberapa destinasi baharu tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) di antara Rayani Air bersama agensi-agensi pelancongan di negeri ini, di sini semalam.
Pada majlis tersebut, sebanyak 20 agensi pelancongan di negeri ini telah dilantik menjadi ejen berdaftar bersama Rayani Air dalam usaha mempromosikan pakej-pakej penerbangan yang ditawarkan.
Dalam pada itu, Balakrishnan berkata, Rayani Air juga bakal memperkenalkan laluan antarabangsa selewat-lewatnya Mei ini.
“Setakat ini, kami sudah merancang untuk memperkenalkan laluan antarabangsa terus dari Kota Bharu (KB) ke Bandung, Indonesia dan Ho Chi Minh, Vietnam.
“Laluan ini akan bermula selewat-lewatnya Mei atau awal Jun ini. Kami memilih untuk memperkenalkan laluan terus KB-Bandung dan KB-Ho Chi Minh berikutan potensi penumpang dari negeri ini yang banyak melancong ke sana,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Stesen Rayani Air, Mohd. Khalid Che Rani berkata, pihaknya amat berpuas hati dengan sambutan yang memberangsangkan daripada para penumpang sejak memulakan operasi pada 20 Disember tahun lalu.
“Pesawat kami dipenuhi hampir 80 peratus penumpang setiap kali penerbangan dan sejak beroperasi, Rayani Air sudah membawa lebih 5,000 penumpang,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Bisnes | 20 Jan. 2016 | Terbitan 21 Jan. 2016
No comments:
Post a Comment