Thursday, July 20, 2017

Landasan kapal terbang baharu bakal dibina di Tioman

Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama pelancong dalam Majlis Jamuan Aidilfitri di Dataran Tiong, Pulau Tioman hari ini.
ROMPIN: Rancangan pembinaan landasan kapal terbang baharu di Kampung Genting, Pulau Tioman di sini bakal menjadi kenyataan sebagai usaha membangunkan lagi pulau peranginan itu.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Rakyat di Dataran Tiong, Pulau Tioman hari ini.

Menurut Najib, cadangan pembinaan tersebut pernah dikemukakan pada 2009 dengan perancangan awal lokasinya membabitkan sebahagian di laut dan di darat.

“Apa yang penting, pembinaan tersebut dilaksanakan secara lestari dan tidak menjejaskan alam sekitar di samping memberi manfaat serta limpahan rezeki kepada penduduk,” katanya.

Sumber: Utusan Online | Nasional | 20 Julai 2017

No comments:

Post a Comment