Sunday, June 15, 2014

MAS tamatkan penggunaan pesawat Boeing 737-400

Selamat tinggal: Pesawat terakhir jenis B737-400 milik MAS yang telah ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 15 Jun 2014.

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) menamatkan penggunaan pesawat Boeing 737-400 malam ini untuk memberi laluan kepada pesawat baharu Boeing 737-800 untuk kegunaan syarikat penerbangan negara.


Ketibaan pesawat penerbangan B737-400 dari Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.31 malam, menandakan berakhirnya perkhidmatan pesawat itu selepas melakukan penerbangan selama 22 tahun.



Ketibaan 99 penumpang dan lapan anak kapal disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahaya. 



Sejak Mei 1992, MAS mengendalikan 54 pesawat B737-400, menjadikan ia pengendali terbesar siri fleet B737-400 di luar Amerika Syarikat pada suatu masa



Bercakap kepada pemberita, Ahmad Jauhari berkata MAS telah menggantikan B737-400 dengan pesawat baharu B737-800 sejak tiga tahun lepas.
"Kita mempunyai 56 pesawat B737-800 yang digunakan sekarang dan dijangka mempunyai 64 pesawat untuk siri ini menjelang akhir tahun depan," katanya. 



Beliau berkata pesawat siri baharu itu mempunyai sayap lawi membolehkan penggunaan bahan api secara lebih cekap dan B737-800 juga akan digunakan untuk laluan jarak sederhana seperti Perth dan New Delhi kerana pesawat itu boleh terbang selama lima jam.

Sumber: mStar Online | 15 Jun 2014

No comments:

Post a Comment