Saturday, June 21, 2014

Firefly sasar pertumbuhan trafik 20 peratus tahun ini walaupun berlaku insiden MH370


PETALING JAYA: Cabang penerangan jarak dekat Malaysia Airlines, Firefly, mengunjurkan jumlah trafik yang lebih tinggi berbanding tahun lepas walaupun berlaku insiden MH370.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata syarikat penerbangan itu tidak banyak terjejas ekoran insiden MH370, dan dalam kedudukan untuk mencatat pertumbuhan trafik penumpang sebanyak 20 peratus tahun ini daripada dua juta penumpang yang direkodkan pada 2013.

Beliau berkata trafik Firefly dijangkakannya sudah mencecah satu juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pelancaran jenama tudung, Fareeda, dalam pesawat ATR 72-600 Firefly Jumaat. Usaha sama setahun itu berlangsung di Subang Skypark di sini hari ini.

Beliau berkata Firefly akan memberi tumpuan ke atas laluan yang tidak mendapat kemudahan itu dengan rancangan memperkenal dua laluan baharu pada September, iaitu Pulau Pinang - Krabi dan Johor Bahru - Ipoh.

Firefly, katanya akan menjadi satu-satu syarikat penerbangan beroperasi dari Pulau Pinang ke Krabi, Thailand.

Bagi laluan Johor Bahru - Ipoh, beliau berkata banyak permintaan daripada penduduk Singapura untuk ke Ipoh, yang belum dapat dipenuhi syarikat penerbangan itu akibat kesesakan di Lapangan Terbang Changi Singapura.

"Oleh itu kami sedang berusaha menggunakan lapangan terbang Senai dan menjadikannya satu lagi hab untuk menghubungkan penduduk Singapura ke Ipoh bersama kami," katanya dan menambah tiket Johor Bahru - Ipoh sudah mula dijual.

Bagi menyokong pertumbuhan itu, katanya syarikat penerbangan itu akan menerima 18 pesawat Airbus baharu dalam tempoh dua tahun, dengan kos RM3 bilion.

Pesawat paling baharu dijangka tiba minggu depan, katanya. Firefly memiliki 14 pesawat dalam kumpulannya.

Sumber: Bernama | 20 Jun 2014

No comments:

Post a Comment