Tuesday, January 20, 2015

Malindo Air perkenal laluan Kota Bharu - Ipoh mulai 14 Feb 2015

SYARIKAT penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) akan membuka laluan penerbangan Kota Bharu (KBR) - Ipoh (IPH) mulai 14 Februari 2015 (Sabtu) dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu. 

Penerbangan OD1725 dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh (LTSAS) dijadualkan berlepas pada jam 12:05 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 13:15, manakala penerbangan OD1726 dari LTSIP ke LTSAS dijadualkan berlepas pada jam 13:40 dan dijadualkan tiba pada jam 14:50.

Bandar raya Ipoh, iaitu bandar raya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, George Town, dan Johor Bahru menjadi destinasi penerbangan kelima oleh Malindo Air dari atau ke Kota Bharu selepas laluan-laluan Kota Bharu - Subang Kuala Lumpur, Kota Bharu - Pulau Pinang, Kota Bharu - Kuala Lumpur,  dan Kota Bharu - Melaka. 

Penerbangan terus ini menggunakan pesawat ATR72-600 dan mengambil masa kira-kira 70 minit sahaja. Tiket-tiket penerbangan sudah boleh ditempah mulai 20 Januari 2015 (Selasa) melalui laman sesawang www.malindoair.com dan juga kaunter-kaunter jualan tiket penerbangan Malindo Air yang sah.

Dalam usaha mempromosikan laluan penerbangan ini, sebuah laman Facebook khas telah ditubuhkan, iaitu www.facebook.com/laluankbipoh

Nota: Artikel ini ditulis sendiri oleh pengendali laman blog ini. Penyalinan semula artikel dari laman blog ini ke laman sosial dan komuniti lain sepatutnya tidak berlaku. Budaya menciplak, salin dan tampal (copy & paste) tanpa memberikan kredit kepada penulis atau laman asal merupakan suatu tindakan yang tidak beretika.

BANDAR RAYA IPOH | BANDAR RAYA KOTA BHARU | PENERBANGAN TERUS KOTA BHARU - IPOH | MALINDO AIR | 14 FEBRUARI 2015 | OD1725 | OD 1726 |

No comments:

Post a Comment