Friday, January 30, 2015

Firefly akan terima 4 lagi pesawat tahun ini dan perkenal destinasi baharu

SYARIKAT penerbangan Firefly akan menerima empat lagi pesawat jenis ATR72-600 dengan 72 tempat duduk pada tahun ini. 

Menurut laporan mStar Online bertarikh 26 Januari 2015, anak syarikat penerbangan milik penuh Penerbangan Malaysia (MAS) ini akan menerima empat pesawat baharu pada tahun ini sekali gus membolehkannya menambah kekerapan laluan-laluan sedia ada dan memperkenalkan destinasi penerbangan baharu

Pada ketika ini, Firefly mempunyai 16 buah pesawat daripada jenis ATR72-500 (12 buah) dan ATR72-600 (empat buah) dengan 72 tempat duduk dan beroperasi dari dua hab utamanya, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA). 

Berdasarkan laporan The Star Online pula bertarikh 19 Mei 2014 dengan tajuk "Firefly plans to add five new destinations" dengan memberi tumpuan pengembangan laluan antarabangsa dari Pulau Pinang dan Kota Bharu dengan menyasarkan Sumatera, Selatan Thailand, dan Indochina (Vietnam dan Kemboja). 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong mereka berminat untuk terbang dari Kota Bharu ke Vietnam dan Kemboja sekali gus mengukuhkan hab Pantai Timurnya di Kota Bharu. Dua laluan berpotensi dari Kota Bharu ke Vietnam dan Kemboja ialah Kota Bharu - Bandar Raya Ho Chi Minh dan Kota Bharu - Phnom Penh. 

No comments:

Post a Comment