Sunday, April 12, 2015

Analisis: Rayani Air dijangka tidak akan beroperasi pada tahun ini

SYARIKAT penerbangan bermasalah, Rayani Air dijangka tidak akan beroperasi pada tahun ini kerana sehingga ke hari ini syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor ini masih gagal memperoleh Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). 

Pemberian lesen ASL bukanlah semudah untuk mendapat lesen perniagaan, sijil kelahiran, atau bernikah di Selatan Thailand. Hal ini kerana ia melibatkan syarat-syarat ketat oleh DCA untuk menjamin keselamatan penumpang

Dengan kata lain, Rayani Air gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh DCA untuk mendapat lesen tersebut. Antara syarat-syarat untuk memperoleh lesen ASL, sila klik pautan ini:- http://www.mot.gov.my/Services/Documents/Aviation/Lesen%20Perkhidmatan%20Udara%20%28ASL%29.pdf

Dalam pada itu, Rayani Air juga masih belum memiliki atau memuktamadkan pembelian pesawat terpakai milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih disimpan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Shah Alam, Selangor. 

Pesawat yang dimaksudkan adalah pesawat jenis B737-400 yang kini tidak lagi digunakan oleh MAS untuk operasi komersial setelah digantikan dengan pesawat B737-800. 

Mana mungkin Rayani Air boleh beroperasi pada Januari lepas seperti yang dilaporkan media arus perdana pada hujung tahun lepas kerana sehingga kini Rayani Air masih belum memiliki pesawat dan juga tidak mendapat lesen ASL? Jun ini? Juga tidak mungkin kerana pemberian lesen ASL bukanlah semudah itu tambah-tambah lagi Rayani Air tidak memiliki sebuah pesawat lagi. 

Berdasarkan data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Umad Suhaili memiliki 51 peratus kepentingan di dalam syarikat penerbangan ini, manakala bakinya dimiliki oleh Datuk Karthiyani Govindan. Datuk Karthiyani merupakan isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air, iaitu Ravi Alagendrran. 

Bagaimana Rayani Air mendapat nama? Menurut salah seorang kakitangan Rayani Air, "Rayani" merupakan gabungan nama suami isteri, iaitu RAvi Alagendrran (CEO Rayani Air) dan Datuk KarthiYANI Govindan (pemegang saham kedua terbesar Rayani Air) dan tidak ada kaitan dengan syarikat penerbangan RyanAir yang beribu pejabat di Dublin, Republik Ireland di Eropah. 

No comments:

Post a Comment