Sunday, December 20, 2015

Malindo Air diminta pertimbang semula laluan Kota Bharu - Melaka

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Malindo Air diminta mempertimbangkan semula dengan membuka kembali laluan Kota Bharu - Melaka yang ditamatkan sejak 1 Oktober lepas. 

Hal ini kerana terdapat rungutan dan rayuan daripada pengguna agar syarikat penerbangan ini membuka semula laluan ini walaupun kekerapan penerbangan dikurangkan berbanding tujuh kali seminggu sebelum ini. 

Antara yang terjejas dengan penggantungan laluan ini adalah pekerja industri minyak dan gas (O&G), pelajar, perantau Kelantan yang menetap di negeri Melaka, dan juga pelancong domestik yang berasal dari kedua-dua buah negeri. 

Malindo Air boleh membuka semula laluan ini dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu dengan memastikan kekerapan ini dikekalkan sekurang-kurangnya setahun sebelum kekerapan ditingkatkan jika mendapat sambutan. 

Langkah ini penting untuk mengukuhkan permintaan sedia ada sebelum penawaran ditingkatkan jika perlu.

Laluan Kota Bharu - Johor Bahru misalnya ditawarkan dengan kekerapan tiga kali seminggu selama tiga tahun lebih oleh syarikat penerbangan Firefly sejak April 2012 sebelum ditingkatkan kekerapan kepada lima kali seminggu sejak Ogos tahun ini. 

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my

No comments:

Post a Comment