KOTA BHARU: Syarikat penerbangan hibrid kedua Malaysia, Rayani Air merancang membuka laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu (KUL-KBR) mulai 20 Disember ini.
Penerbangan dengan kekerapan dua sehari ini akan beroperasi dari Terminal KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan pesawat jenis B737-400 dengan 160 tempat duduk.
Tiket penerbangan bagi laluan ini telah mula dijual sejak 13 Disember 2015 melalui laman sesawangnya dengan memperkenalkan dua laluan permulaan, iaitu Kuala Lumpur - Kota Bharu dan Kuala Lumpur - Langkawi yang kedua-duanya akan bermula 20 Disember ini.

Rayani Air merupakan syarikat penerbangan komersial kelima yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) selepas Malaysia Airlines (MAB), AirAsia, Firefly, dan Malindo Air. LTSIP merupakan pangkalan utama Rayani Air di Pantai Timur.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.rayaniair.com.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.rayaniair.com.
Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my
No comments:
Post a Comment