Tuesday, December 29, 2015

RMK11: Kerajaan Persekutuan lulus RM450 juta untuk projek naik taraf LTSIP

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan.
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada 14 Disember lepas diberitahu bahawa jumlah kos keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan bagi projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan adalah sebanyak RM450 juta.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, jumlah peruntukan yang diluluskan bagi tahun 2016 adalah sebanyak RM30 juta.  

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, pada ketika ini pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah merancang dan sedang memuktamadkan pelan konsep pembangunan, skop-skop kerja, anggaran kos projek keseluruhan, serta proses pelantikan perunding dan kontraktor.

Berikutan kompleksiti dan nilai projek yang tinggi, proses penilaian dan lantikan kontraktor dijangka dapat dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2016.

Permohonan peruntukan untuk projek ini telah diteliti dan diputuskan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Projek menaik taraf LTSIP ini merupakan salah satu projek mega Kerajaan Persekutuan di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my

No comments:

Post a Comment