Saturday, February 14, 2015

Malindo Air tawar penerbangan harian bagi laluan Kota Bharu - Melaka

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) menawarkan perkhidmatan penerbangan harian bagi laluan Kota Bharu - Melaka berkuat kuasa 1 Februari lepas. 

Perkhidmatan penerbangan harian ini merupakan peningkatan kekerapan penerbangan kepada tujuh kali seminggu berbanding empat kali seminggu sebelumnya sejak 21 November tahun lepas.

Peningkatan kekerapan ini didorong oleh pertambahan permintaan daripada pengguna yang memerlukan penerbangan harian untuk memudahkan urusan perniagaan dan percutian lebih-lebih lagi Kelantan dan Melaka merupakan antara destinasi pelancongan utama di negara ini. 

Penerbangan OD1723 dari Kota Bharu ke Melaka dijadualkan berlepas pada jam 13:00 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Melaka pada jam 14:35, manakala penerbangan OD1724 dari Melaka ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 15:00 dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada jam 16:35. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, silalah layari laman sesawang www.malindoair.com

No comments:

Post a Comment