Tuesday, February 13, 2018

Pembesaran LTSIP tambah keselesaan, jana pendapatan rakyat Kelantan

KOTA BHARU: Projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini, yang dijangka bermula Julai depan membabitkan kos RM450 juta, akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri di samping memberi lebih keselesaan kepada pengguna.

Pembesaran terminal LTSIP itu sekali gus mampu menampung empat juta penumpang setahun berbanding sekarang ini hanya sekitar 1.3 juta orang.

Pembesaran LTSIP adalah antara beberapa projek mega yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di negeri ini oleh Kerajaan Persekutuan.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penumpang dan peniaga gembira dengan pelaksanaan projek berkenaan yang dijangka siap pada 2020 kerana akan memberikan keselesaan dan menjana pendapatan rakyat negeri ini.

Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan Noor Eedi Che Aziz berkata langkah Kerajaan Persekutuan membesarkan LTSIP bagi menampung keperluan masa depan lapangan terbang paling sibuk di wilayah Pantai Timur Semenanjung dengan purata 42 penerbangan sehari.

Sumber: Bernama | 12 Februari 2018

No comments:

Post a Comment