Saturday, February 11, 2017

AirAsia X terbang ke Honolulu melalui Osaka mulai 28 Jun ini

SYARIKAT penerbangan AirAsia X Berhad (AirAsia X) bakal membuka laluan baharu Kuala Lumpur - Honolulu malalui Osaka, Jepun mulai 28 Jun ini dengan kekerapan empat kali seminggu, iaitu setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat, dan Sabtu. 

Penerbangan D7 1 dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA/KUL) pada jam 14:00 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu (HNL) pada jam 12:30 (waktu Hawaii), manakala penerbangan D7 2 dari Honolulu ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 16:00 (waktu Hawaii) dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 04:00. 

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Honolulu dan sebaliknya ini akan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX), Osaka, Jepun selama dua jam. 

Pembukaan laluan penerbangan antarabangsa ini dijangka dapat mengukuhkan kedudukan Terminal KLIA 2 sebagai hab penerbangan tambang rendah (LCC) nombor satu Asia. Hal ini kerana penumpang dari Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, dan Vietnam boleh mengambil penerbangan ke Honolulu melalui Kuala Lumpur. 

Selain AirAsia X, hanya syarikat penerbangan Philippines Airlines yang menawarkan perkhidmatan penerbangan ke Honolulu dari Manila di rantau ASEAN ini. 

Tempahan tiket laluan baharu ini mula dibuka mulai hari ini (11 Februari 2017) melalui laman sesawang www.airasia.com untuk penerbangan dari 28 Jun 2017 sehingga 6 Februari 2018.  

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

No comments:

Post a Comment