Monday, March 8, 2010

06-03-2010: Kelantan Sasar 4.7 Juta Pelancong Tahun Ini

Berita Timur
March 06, 2010 21:28 PM

Kelantan Sasar 4.7 Juta Pelancong Tahun Ini

KOTA BAHARU, 6 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri mensasarkan 4.7 juta pelancong melawat Kelantan tahun ini, kurang daripada jumlah yang dicatat sepanjang tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata pada tahun lepas seramai 4.9 pelancong melawat negeri ini, melebihi daripada sasaran awal kerajaan negeri iaitu 4.5 juta.

"Kami berharap bilangan sasaran itu melepasi sasaran sebagaimana dialami tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung Silver Fly, syarikat penerbangan tambang murah milik Berjaya Air di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif syarikat itu Hashim Othman. Beliau berkata Kelantan dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong terutama dengan adanya penerbangan terus dari sini ke destinasi negara jiran, seperti Kota Baharu-Medan-Ipoh, yang dikendalikan Silver Fly.

Takiyuddin turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa kebanyakan pelancong yang datang ke negeri ini hanya sebagai pelancong persinggahan bukannya yang benar-benar melawat Kelantan.

SOURCE (Sumber): Bernama (Berita Timur): 06-03-2010

No comments:

Post a Comment