Pusat Pengurusan Trafik Udara bernilai RM700 juta bakal dibina di KLIA. |
KUALA LUMPUR: Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) melihat
pengumuman Belanjawan 2014 dalam sektor penerbangan membolehkan lapangan
terbang Malaysia terus maju dan jauh lebih baik daripada lapangan
terbang di negara lain.
Hal ini kerana peruntukkan RM312 juta kerajaan dalam menaik taraf
beberapa lapangan terbang termasuk di Kota Kinabalu, Sandakan Sabah
serta Miri, Sibu juga Mukah di Sarawak akan menyediakan kapasiti
tambahan bagi syarikat penerbangan untuk mengembangkan operasi mereka di
Malaysia.
Tambahan, sebuah pusat PengurusanTrafik Udara baharu dengan kos sebanyak RM700 juta akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sistem baharu ini akan dapat meningkatkan pergerakan trafik udara dari 68 kepada 108 pergerakan setiap jam melalui tiga landasan dan kapasiti pengendalian ia adalah antara yang tertinggi di dunia.
Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad berkata, peruntukkan itu juga membolehkan syarikatnya untuk mengoptimumkan penggunaan semua tiga landasan di KLIA untuk penerbangan.

“Kami gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan untuk
meningkatkan sistem kawalan trafik udara yang dikendalikan oleh Jabatan
Penerbangan Awam.
“Sehubungan dengan menaik taraf lapangan terbang, kami dapat terus bekerjasama dengan kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur lapangan terbang bagi kemudahan orang awam,” katanya di sini, semalam.
Dalam pembentangan Belanjawan semalam, turut diumumkan adalah menggubal Dasar Penerbangan Nasional yang akan menggariskan langkah bagi mengukuh eko-sistem dan rantaian perkhidmatan industri penerbangan.
Bashir berkata, pihaknya mengalu-alukan keputusan penggubalan dasar itu yang memberi kesan baik untuk industri penerbangan. Lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan yang berkenaan akan dapat bekerjasama untuk mempromosikan perjalanan udara.
Source: Harian Metro Online | 26 Oct. 2013
No comments:
Post a Comment