SYARIKAT penerbangan tambang murah (LCC) terbesar di rantau Asia, AirAsia bakal merintis laluan penerbangan Kota Bharu - Medan, iaitu laluan penerbangan antarabangsa pertama dari Pantai Timur, Semenanjung Malaysia ke Sumatera, Indonesia.
Cadangan ini bakal direalisasikan oleh syarikat penerbangan ini pada tahun 2014 sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 sekali gus menjadikan Lapangan Terbang Kota Bharu (KBR), Kelantan, Malaysia menjadi hab penerbangan antarabangsa serantau.
Medan merupakan bandar raya terbesar di Sumatera dan yang keempat di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya, Bandung, dan Bekasi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu Medan (KNO) merupakan pintu keluar masuk utama ke Medan. Medan merupakan ibu wilayah Sumatera Utara yang mempunyai penerbangan terus antarabangsa dari atau ke Malaysia melalui Kuala Lumpur (AirAsia & Malaysia Airlines), Subang (Firefly), dan Pulau Pinang (AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines, Garuda Indonesia, Lion Air, dan Sriwijaya Air), manakala Sriwijaya Air-Flying Fox Airways akan memperkenalkan laluan antarabangsa Ipoh - Medan mulai 8 November 2013 dengan kekerapan dua kali seminggu.
Antara destinasi pelancongan menarik di Medan ialah Masjid Raya Medan, Istana Maimun, Danau Toba, Air Terjun Sipiso-piso, Pulau Simosir, Taman Tema Sibolangit Hill, dan Taman Negara Gunung Leuser. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.welcometomedan.com.
Dalam pada itu, AirAsia juga berminat memperkenalkan semula laluan penerbangan Kota Bharu - Singapura yang pernah dirintis oleh syarikat penerbangan Firefly dari 10 Ogos 2012 sehingga 10 Julai 2013. AirAsia juga akan menjadikan KBR sebagai hab penerbangan antarabangsa ke Indochina pada tahun hadapan.
Pautan kempen (Sila 'like' sebagai tanda sokongan):
No comments:
Post a Comment