Monday, March 24, 2014

AirAsia perkenal 4 laluan baharu dari Sarawak

KUALA LUMPUR: AirAsia memperkenalkan empat laluan baharu dari Sarawak ke Pulau Pinang, Langkawi, Terengganu dan Kota Bharu, sebagai langkah mengukuhkan hubungannya antara negeri berkenaan dan Semenanjung Malaysia.

“Dua laluan itu ialah dari Miri ke Terengganu dan Pulau Pinang, serta dari Kuching ke Kota Bharu dan Langkawi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Laluan baharu Kuching – Kota Bharu adalah laluan dalam negeri AirAsia yang kesembilan dari bandar itu. AirAsia adalah syarikat penerbangan tunggal menghubungkan Kuching secara langsung ke pantai timur Semenanjung Malaysia.

Laluan Kuching – Kota Bharu itu beroperasi tiga kali seminggu mulai semalam manakala empat kali seminggu ke Langkawi.

AirAsia menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Semenanjung melalui 399 penerbangan seminggu dan menawarkan hubungan terbaik bagi kedua-dua negeri itu.

Sumber: Harian Metro | 23 Mac 2014

No comments:

Post a Comment