Tuesday, September 12, 2017

Firefly tambah penerbangan laluan Kota Bharu - Pulau Pinang mulai 15 Sept. 2017

Rangkaian perkhidmatan udara Penerbangan Firefly.
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Firefly akan menambah kekerapan penerbangan bagi laluan Kota Bharu - Pulau Pinang daripada sekali sehari kepada dua kali sehari mulai 15 September 2017 ini. 

Penerbangan FY1003 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 08:15 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 09:10, manakala penerbangan FY1004 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 19:45 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 20:40. 

Sementara itu, jadual penerbangan sedia ada dengan penerbangan FY1002 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu yang dijadualkan berlepas pada jam 07:00 dan dijadualkan tiba di LTSIP pada jam 07:55, manakala penerbangan FY1005 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 18:30 dan dijadualkan tiba di PIA pada jam 19:25. 

Berikut merupakan jadual penerbangan bagi laluan Kota Bharu - Pulau Pinang dari 15 September 2017 (waktu berlepas di dalam kurungan):-
  • FY1002 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu (07:00)
  • FY1003 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang (08:15) 
  • FY1004 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu (19:45)
  • FY1005 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang (18:30) 
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket sila layari laman sesawang rasmi Firefly, iaitu www.fireflyz.com.my

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment