Saturday, September 16, 2017

PENERBANGAN FIREFLY DIGESA SAMBUNG SEMULA LALUAN KOTA BHARU - JOHOR BAHRU

KUALA LUMPUR: Penerbangan Firefly digesa supaya menyambung semula laluan penerbangan Kota Bharu - Johor Bahru yang telah digantung sejak 30 Oktober 2016 yang lepas demi kemudahan rakyat Johor dan Kelantan yang sering berulang-alik antara dua buah negeri ini. 

Laluan penerbangan ini bukan sahaja penting untuk kemudahan rakyat kedua-dua negeri tetapi juga sebagai pemangkin kepada industri pelancongan kedua-dua buah negeri ini khususnya dan juga peringkat nasional secara amnya. 

Permintaan-permintaan daripada orang awam supaya laluan ini disambung semula telah banyak kali disuarakan dan boleh didapati di laman sesawang Facebook Firefly Airlines (www.facebook.com/firefly), Facebook Laluan Penerbangan Kota Bharu - Johor Bahru (www.facebook.com/laluankbjb), dan juga Facebook Kota Bharu Bandar Raya Islam (www.facebook.com/kbbri). 

Sebelum penggantungan, laluan ini beroperasi dengan kekerapan lima kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Selasa, Khamis, Jumaat, dan Sabtu. 

Oleh itu, Pengurusan Penerbangan Firefly diharap dapat menimbangkan permintaan ini dan diharap laluan tersebut dapat disambung semula dengan kekerapan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. 

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment