Sunday, May 6, 2018

Projek pembesaran LIA siap September ini, kapasiti ditingkatkan kepada 3 juta penumpang setahun

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) yang terletak di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi, Kedah. 
KUALA LUMPUR: Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di Pulau Langkawi, Kedah yang turut membabitkan pemasangan jambatan udara (aerobridge) dijangka dapat disiapkan sepenuhnya September ini. 

Selain penambahkan petak parkir kenderaan, projek pembesaran ini melibatkan penambahan kapasiti penumpang LIA daripada 1.5 juta setahun kepada 3 juta penumpang setahun.

Projek pembesaran ini diharap dapat menarik minat syarikat penerbangan tempatan dan asing untuk membuka lebih banyak laluan domestik dan antarabangsa ke pulau legenda ini. 

No comments:

Post a Comment