Sunday, April 22, 2018

Malindo Air gantung laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu mulai 26 Jun 2018

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malindo Air sekali lagi akan menggantung laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu berkuat kuasa 26 Jun ini, iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Berdasarkan semakan melalui laman sesawang Malindo Air (www.malindoair.com), tiket dari 26 Jun 2018 dan seterusnya bagi laluan ini telah digantung penjualannya lebih sebulan yang lepas lagi. 

Dalam pada itu, sebahagian besar penumpang yang telah membeli tiket bagi perjalanan selepas 25 Jun 2018 telah 'dipindahkan' ke penerbangan lain yang beroperasi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor, iaitu laluan Subang - Kota Bharu. 

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Malindo Air berhubung penggantungan ini dan kebanyakan penumpang yang terjejas pastinya telah mendapat e-mel pemberitahuan daripada Malindo Air. 

No comments:

Post a Comment