Wednesday, February 19, 2014

Firefly akan perkenal 3 laluan baharu di ASEAN dalam tempoh dua tahun

PETALING JAYA: FlyFirefly Sdn Bhd (Firefly), syarikat tambang rendah Malaysia Airlines (MAS), akan memperkenal tiga laluan baharu di ASEAN dalam tempoh dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ignatius Ong berkata syarikat penebangan itu sudah memperoleh kelulusan untuk laluan baharu ini, namun perlu menunggu ketibaan pesawat baharu sebelum mengumumkan laluan berkenaan.

Ong berkata rancangan itu merupakan sebahagian daripada visi syarikat untuk memberi tumpuan ke atas usaha mengukuhkan kehadirannya di Asean.

Beliau berkata tahun ini syarikat penerbangan itu sedang menunggu dua lagi pesawat selain meningkatkan kekerapan laluan domestik utama sedia ada.

"Kami ada beberapa lagi. Saya sudah mengumumkannya baru-baru ini, iaitu ke Bangkok dari Kota Bharu, namun ditangguhkan ke Mei.

"Kami sepatutnya melancarkannya pada Januari namun berdasarkan situasi di Bangkok sekarang, kami menangguhkannya," katanya pada media selepas pelancaran pertandingan "Petrol Crazy" bersama Petron di sini hari ini.

Ong berkata syarikat penerbangan itu akan menambah jumlah pesawatnya kepada 14 menjelang akhir tahun dengan penyerahan dua pesawat baharu ATR 72-600 pada suku kedua.

Beliau juga berkata sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Firefly menyasarkan peningkatan 20 peratus pertumbuhan penumpang tahun ini. Tahun lepas jumlah penumpang hampir mencecah dua juta orang. 

Sumber: BERNAMA | 17 Februari 2014

No comments:

Post a Comment