Tuesday, October 21, 2014

Malindo Air mulakan perkhidmatan Kuala Lumpur - Kota Bharu mulai 26 Okt 2014

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan memulakan perkhidmatan harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kota Bharu mulai Ahad ini (26 Oktober 2014).
Penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur pada 7 pagi dan tiba di Kota Bharu pada 7.55 pagi, manakala penerbangan balik berlepas pada 8.45 pagi dan tiba pada 9.45 pagi.
"Perkhidmatan itu diwujudkan berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk penerbangan ke ibu negeri Kelantan itu," kata Malindo Air dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Tambang promosi bermula daripada RM69 sehala, termasuk peruntukan bagasi percuma seberat 15 kilogram serta minuman.
Untuk maklumat lanjut, layari www.malindoair.com, Twitter (twitter.com/Malindo_Air), Facebook (facebook.com/MalindoAirMalaysia) atau Instagram (instagram.com/MalindoAir).
Malindo Air ialah syarikat penerbangan hibrid Malaysia dengan hab-hab utama di KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor.
Sumber: mStar Online | 21 Oktober 2014

No comments:

Post a Comment