Sunday, October 12, 2014

Malindo Air perkenal tiga laluan baharu melibatkan Lapangan Terbang Ipoh mulai Okt 2014

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) telah memperkenalkan laluan domestik Subang - Ipoh mulai 3 Oktober lalu dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad (perkhidmatan pada hujung minggu sahaja). 

Penerbangan dari Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur (SZB) ke Lapangan Terbang Ipoh (IPH) dan sebaliknya mengambil masa kira-kira 50 minit sahaja. 

Mulai 17 Oktober pula, Malindo Air akan membuka dua lagi laluan baharu dari Ipoh, iaitu Ipoh - Johor Bahru dan Ipoh - Medan. Penerbangan bagi kedua-dua laluan ini ditawarkan dengan kekerapan empat kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat. 

Penerbangan OD1324 dari Johor Bahru ke Ipoh dijadualkan berlepas pada jam 10:10 dan dijadualkan tiba di Ipoh pada jam 11:30, manakala penerbangan OD1325 dari Ipoh ke Johor Bahru dijadualkan berlepas pada jam 15:25 dan dijadualkan tiba di Johor Bahru pada jam 16:45. 

Sementara itu, penerbangan OD308 dari Ipoh ke Medan dijadualkan berlepas pada jam 11:50 dan dijadualkan tiba di Medan pada jam 12:05 (waktu Indonesia), manakala penerbangan OD309 dari Medan ke Ipoh dijadualkan berlepas pada jam 12:50 (waktu Indonesia) dan dijadualkan tiba di Ipoh pada jam 15:05. 

Perkhidmatan penerbangan dari atau ke Ipoh ini menggunakan pesawat jenis ATR-72-600 yang boleh membawa seramai 72 orang dalam satu-satu masa. 

Untuk maklumat lanjut dan urusan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.malindoair.com

No comments:

Post a Comment