Wednesday, July 2, 2014

MAS tidak akan ditutup, rakyat turut boleh membantu - tegas kerajaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan, syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) tidak akan ditutup meskipun sedang berdepan pelbagai cabaran terutama kerugian yang turut disebabkan kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, rakyat Malaysia turut boleh membantu kepada pemulihan MAS dengan membeli tiket yang disediakan ke pelbagai destinasi pada harga diskaun sehingga 40 ke 50 peratus bagi setiap perjalanan.

Kesan daripada insiden MH370 akan memakan tempoh yang lama untuk dilupakan namun bagi jangka masa pendek, sokongan daripada rakyat adalah salah satu jalan keluar buat MAS, katanya ketika menjawab soalan lisan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman di Dewan Negara hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia | Ekonomi | 30 Jun 2014 | Terbitan 1 Jul. 2014

No comments:

Post a Comment