KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan untuk kegunaan pesawat di bawah kod 4E seperti A330-300, B777-200ER, A350-900, dan B747-400.
Persoalannya mengapakah susah sangat Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan projek pemanjangan landasan LTSIP sedangkan projek pembesaran dan pemanjangan landasan di negeri-negeri lain terutamanya Sabah, Sarawak, Labuan, dan Terengganu mendapat perhatian sewajarnya.
Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) misalnya, landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) telah dipanjangkan daripada 2,454 meter (m) kepada 3,780 m, manakala landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah dipanjangkan daripada 2,987 m kepada 3,780 m di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan projek ini telah disambung di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Di bawah RMK9 juga, landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu telah dipanjangkan daripada 2,012 m kepada 3,480 m, manakala landasan Lapangan Terbang Labuan (LTL) dipanjangkan daripada 2,286 m kepada 2,745 m.
Oleh itu, sudah sampai masanya giliran landasan LTSIP dipanjangkan untuk menampung pengendalian pesawat berbadan lebar lebih-lebih lagi LTSIP terletak di lokasi yang amat strategik untuk menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa wilayah (regional international airport) bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan juga wilayah Selatan Bawah Thailand (Thailand's Deep South).
Dalam perkara ini, Kerajaan Persekutuan di Putrajaya perlulah mengambil perhatian serius akan keperluan pemanjangan landasan LTSIP untuk pengendalian pesawat berbadan lebar kerana ia bukan sahaja dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri pelancongan Kelantan dan ECER tetapi juga dapat menarik kemasukan lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke wilayah strategik ini.
Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

Sbb kerajaan Pusat bawah BN masih lagi nok main wayang kulit bila berdepan dgn negeri Kelantan..tanyo lah Stopa Mamat tuh..
ReplyDelete