Friday, May 20, 2016

Firefly tawar penerbangan tambahan sempena Aidilfitri dari KL dan JB ke KB

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Firefly mula membuka tempahan tiket bagi penerbangan tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Julai ini.  

Setakat ini, penerbangan tambahan tersebut melibatkan laluan Subang (Kuala Lumpur) - Kota Bharu dan Kota Bharu - Johor Bahru pada 5 Julai ini masing-masing dengan dua dan satu penerbangan. 

Penerbangan FY6002 dan FY6004 masing-masing dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor ke Kota Bharu pada jam 06:20 dan 09:25, manakala penerbangan FY6003 dan FY6005 dari Kota Bharu ke Subang masing-masing dijadualkan berlepas pada jam 07:55 dan 10:50.

Penerbangan FY6085 dari Kota Bharu ke Johor Bahru pula dijadualkan berlepas pada jam 06:10 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (SIA) pada jam 07:55, manakala penerbangan FY6086 dari Johor Bahru ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 08:20 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan pada jam 10:00.

Tiket penerbangan tambahan ini boleh didapati di semua kaunter tiket Firefly, manakala untuk pembelian secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my.

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

No comments:

Post a Comment