KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Firefly akan menggantung laluan Kota Bharu - Langkawi (KBR-LGK) berkuat kuasa 14 Jun ini.
Firefly menawarkan perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggu bagi
laluan ini, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu, manakala penerbangan terakhir bagi laluan ini adalah pada 11
Jun ini.
Perkhidmatan penerbangan terus yang mula diperkenalkan sejak 27 Oktober tahun lepas ini hanya mampu bertahan kira-kira tujuh bulan sahaja.
Walau bagaimanapun, Firefly akan terus beroperasi bagi tiga laluan lagi dari atau ke Kota Bharu, iaitu Kota Bharu - Subang (KBR-SZB), Kota Bharu - Pulau Pinang (KBR-PEN), dan Kota Bharu - Johor Bahru (KBR-JHB).
Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
No comments:
Post a Comment