Tuesday, May 30, 2017

Hidangan Jepun dalam semua penerbangan MAS ke Jepun

Arved von zur Muehlen (kanan) memperkenalkan hidangan makanan Jepun dalam pesawat MAS di Sepang, semalam.
SEPANG: Malaysia Airlines Bhd. (MAS) buat julung-julung kalinya memperkenalkan hidang­an makanan Jepun dalam semua penerbangannya ke negara Jepun bermula awal bulan Jun ini.

Hidangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat berkenaan menyajikan pengalaman lima bintang dalam setiap penerbangannya menghubungkan Kuala Lumpur de­ngan Narita dan Osaka.

Ketua Pegawai Komersial MAS, Arved von zur Muehlen berkata, hidangan makanan Jepun yang disediakan itu merupakan pilihan baharu kepada para penumpang selain daripada hidangan masakan Malaysia dan masakan barat.

“Kami beri tumpuan kepada laluan ini kerana tahun lalu sahaja sebanyak 400,000 pelancong dari Jepun melawat Malaysia, selain itu Jepun juga merupakan rakan dagang kelima terbesar pada Malaysia dan negara ketiga dari segi pelabur luar.

“Hubungan Jepun dan Malaysia adalah amat rapat dan kami yakin akan penambahan pengunjung antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita dalam taklimat bagi memperkenalkan hidangan berkenaan di Bangunan Pengurusan Penerbangan MAS di sini hari ini.

Penerbangan MAS pesawat A330-300 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Narita adalah dua kali sehari, manakala ke Osaka adalah sekali setiap hari.
 
Sumber: Utusan Malaysia | Bisnes | 29 Mei 2017 | Terbitan 30 Mei 2017

No comments:

Post a Comment