Friday, June 2, 2017

LTSAAS jangka kenaikan trafik penumpang

Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Shah Alam, Selangor.
KUALA LUMPUR: Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) menjangkakan peningkatan dalam trafik penumpang melalui usaha yang diambil untuk memperbaiki sambungan, kos, dan kemudahan.

Ini termasuk meningkatkan sambungan keluar masuk lapangan terbang melalui kereta api dan jalan raya, kata Pengarah Eksekutif Subang SkyPark Sdn Bhd, Tan Sri Ravindran Menon.

Antara yang paling ketara ialah SkyPark KTM Rail Link, dijadualkan siap menjelang akhir 2017, yang akan berkhidmat sebagai lanjutan kepada landasan KTM Subang Jaya, yang akan menyambungkan lapangan terbang itu dengan KL Sentral.

Syarikat itu merancang memperluaskan lapangan terbang melalui cadangan pembangunan Terminal 2, yang akan bermula pada penghujung tahun ini, yang mana ia akan membawa kepada tambahan lima juta penumpang.

"Terminal Skypark baru-baru ini melepasi kiraan 15 juta penumpang, berbanding hanya 300,000 penumpang pada tahun pertama operasi pada 2008.

"Kami percaya usaha yang diambil bagi meningkatkan sambungan akan mampu meningkatkan bilangan penumpang kerana ia akan menjadi lebih mudah dan kos efektif bagi mereka untuk bergerak lancar dari satu titik ke satu lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Bernama | 1 Jun 2017

No comments:

Post a Comment