Friday, November 7, 2014

Malindo Air rintis laluan Kota Bharu - Melaka mulai 21 Nov 2014

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) akan memperkenal laluan domestik Kota Bharu (KBR) - Melaka (MKZ) mulai 21 November 2014. 

Perkhidmatan penerbangan terus yang mengambil masa kira-kira 1 jam 35 minit ini ditawarkan dengan kekerapan empat kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat menggunakan pesawat jenis ATR72-600 dengan 72 tempat duduk. 

Penerbangan OD1723 dari Kota Bharu ke Melaka dijadualkan berlepas pada jam 10:40 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Melaka (LTM) pada jam 12:15, manakala penerbangan OD1724 dari LTM ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) dijadualkan berlepas pada jam 12:40 dan dijadualkan tiba di LTSIP pada jam 14:15. 

Perkhidmatan penerbangan terus ini dijangka dapat memberi manfaat besar bukan sahaja kepada warga Kelantan dan Melaka tetapi juga warga Terengganu; wilayah Narathiwat di selatan Thailand; dan juga penduduk daerah Muar di negeri Johor.  

Dalam masa yang sama, dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus ini, ia juga dijangka dapat merancakkan industri pelancongan kedua-dua buah negeri terutamanya melibatkan Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Bandar Raya Melaka Bersejarah. 

Tiket penerbangan bagi laluan ini telah mula dijual pada malam 7 November 2014 dan tempahan tiket boleh dibuat melalui kaunter-kaunter jualan tiket Malindo Air yang berhampiran mahupun secara dalam talian melalui laman sesawang www.malindoair.com

MALINDO AIR | LALUAN KOTA BHARU - MELAKA | 21 NOVEMBER 2014 | LAPANGAN TERBANG MELAKA | LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA KOTA BHARU | KELANTAN | MELAKA | TERENGGANU | NARATHIWAT | MUAR | JOHOR | KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM | BANDAR RAYA MELAKA BERSEJARAH

No comments:

Post a Comment