Friday, July 10, 2015

Firefly tambah kekerapan penerbangan laluan Kota Bharu - Johor Bahru mulai Ogos ini

SYARIKAT penerbangan Firefly akan menambah kekerapan penerbangan bagi laluan Kota Bharu - Johor Bahru daripada tiga kali seminggu kepada lima kali seminggu mulai Ogos sehingga Oktober ini. 

Kekerapan tambahan itu melibatkan penerbangan pada hari Ahad dan Jumaat, selain perkhidmatan penerbangan yang sedia ada pada setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu. 

Jika penerbangan pada hari Ahad dan Jumaat ini mendapat sambutan yang menggalakkan, Firefly dijangka akan terus mengekalkan perkhidmatan pada setiap hari Ahad dan Jumaat selepas bulan Oktober ini. 

Tempahan tiket boleh dibuat melalui kaunter-kaunter jualan tiket yang sah, agensi-agensi pelancongan, dan juga melalui laman sesawang www.fireflyz.com.my

Sumber: Laman Blog Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

No comments:

Post a Comment